Faktor

Bab 13 - FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELBAGAI JENIS TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI

Terdapat 4 faktor yang mempengaruhi taburan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi negara kita ialah bentuk muka bumi,  iklim, tanih dan saliran.

Iklim
  • Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, iaitu hujan tahunan sekitar 2600 mm dan suhu 27 darjah celsius.
  • Suhu rendah di kawasan tinggi, iaitu kurang daripada 18 darjah celsius.
  1. Hutan hujan tropika - suhu 27 darjah celcius, hujan sekitar 2600 mm
  2. Hutan gunung - suhu kurang daripada 18 darjah celcius
  3. Hutan paya air masin - suhu 27 darjah celcius, hujan sekitar 2600 mm
  4. Hutan paya air tawar - suhu 27 darjah celcius, hujan sekitar 2600 mm
  5. Hutan pantai - suhu 27 darjah celcius, hujan sekitar 2600 mm
Bentuk muka bumi
  • Hutan hujan tropika di Sabah dan Sarawak yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1000 meter.
  • Kawasan rendah ditumbuhi hutan paya dan hutan pantai
  • Hutan gunung tumbur subur di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1000 meter
  1. Hutan hujan tropika - cerun-cerun bukit, ketinggian kurang daripada 1000 meter
  2. Hutan gunung - kawasan tanih tinggi melebihi 1000 meter
  3. Hutan paya air masin - rendah dan rata
  4. Hutan paya air tawar - rendah dan rata
  5. Hutan pantai - rendah dan rata
Saliran

  1. Hutan hujan tropika - bersaliran baik
  2. Hutan gunung - bersaliran baik
  3. Hutan paya air masin - bersaliran buruk ( bertakung air )
  4. Hutan paya air tawar - bersaliran buruk ( bertakung air )
  5. Hutan pantai - bersaliran baik
Jenis tanih
  1. Hutan hujan tropika - tanih laterit
  2. Hutan gunung -  tanih laterit
  3. Hutan paya air masin - tanih lumpur
  4. Hutan paya air tawar - tanih gambut
  5. Hutan pantai - tanih pasir


                                                                    Kawasan Gurun Panas

  • Suhu waktu siang sangat panas, iaitu antara 38 darjah celcius hingga 44 darjah celcius manakala suhu malam sangat sejuk, iaitu 10 darjah celcius. 
  • Hujan tahunan hanya 250 mm 
  • turun beberapa kali setahun 
  • tumbuh-tumbuhan tahan sepanjang kemarau seperti rumput kasar, kaktus dan semak samun
  • Pokok kaktus ialah sejenis tumbuhan berdaun kilat, berbulu atau berduri dan berbatang lendair untuk menyimpan air
  • Tumbuh-tumbuhan lain termasuk pokok akasia, pokok kurma dan rumput kasar
  • biji benih tumbuh-tumbuhan akan bercambah dengan serta-merta dan mengeluarkan biji benih baru
  • ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi tumbuh di gurun panas
  1. Mempunyai batang berongga dan berlandair untuk menyimpan air untuk jangka masa panjang
  2. Mempunyai akar yang panjang supaya mudah menyerap air di bawah tanah ( akar panjang yang melebihi 30m ke dalam tanah untuk mendapatkan air )
  3. Daun yang keras, kecil, berbentuk jarum dan berduri untuk mengurangkan kadar kehilangan air melalui perpeluhan
  4. Daun yang berlilin untuk melindungi daun daripada udara kering pada waktu siang
  5. Biji benih yang berkulit tebal, keras dan tahan kemarau memudahkan percambahan
  6. Akar merebak berhampiran dengan permukaan bumi untuk mengumpul air hujan
  7. Sel lembut menyerap dan menyimpan air
  8. Sel kulit dapat berkembang atau mengecut mengikut kuantiti air
  9. Duri tajam melindungi pokok
oryx
    gazelle
  • Hidupan liar seperti unta, musang fennec, oryx, gazelle, musang kit, tikus jerboa terpaksa menyesuaikan diri dengan air yang sedikit.
  • Kebanyakan hidupan liar memperoleh air yang diperlukan daripada tumbuh-tumbuhan danmakanan yang dimakan

 Kawasan tundra

  • Panatai utara Siberia mengalami iklim jenis tundra.

  • Musm panasnya sejuk dan singkat dengan suhu kira-kira 10 darjah celcius

  • Musim sejuk sangat sejuk dan panjang dengan suhu di bawah takat beku, kira-kira -14 darjah celcius

  • Jumlah kerpasan kurang daripada 250 mm

  • Kebanyakan kerpasannya turun dalam bentuk salji

  • Antara tumbuh-tumbuhan semula jadi yang terdapat di kawasan tundra ialah lumut, kulampair, pokok renek dan rumput pendek

  • ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi kawasan tundra, Siberia
  1. Jangka hayat tumbuh-tumbuhan adalah pendek dan tumbuh pada musimpanas
  2. Tumbuh-tumbuhan semula jadi adalah renek dan rapat antara satu sama lain untuk menahan daripada tiupan angin yang kencang
  3. Mempunyai daunyang halus untuk mencegah perpeluhan yang berlebihan
  4. Mempunyai akar yang pendek untuk mencegah kerosakan akar yang disebabkan oleh pededahan terhadap kesejukan yang melampau
  • Binatang di kawasan tundra seperti musang artik , lembu musk dan beruang kutub mempunyai cara yang ntidak sama untuk menahan kesejukan 
  • Antaranya mempunyai berbulu tebal untuk menahan kesejukan, bulu-bulu haiwan menambah tebal, mempunyai lemak yang berlebihan dan berubah warna putih semasa semakin bersalji

Lembu musk
Kawasan Mediterranean
  • Musim panas adalah panas dan kering dengan suhu antara 21 darjah celcius hingga 24 darjah celcius
  • Musim sejuk sederhana sejuk, panjang dengan suhu antara 10 darjah celcius hingga 14 darjah celcius
  • Jumlah hujan tahunan antara 400 mm hingg 800 mm
  • hujan turun dibawa oleh angin baratan
  • Pokok di hutan Mediterranean mempunyai daun berbulu dan berlilin untuk mengurangkan perpeluhan serta akar yang panjang untuk mencari air
Hutan bagkut ( Maquis )

Ciri tumbuh-tumbuhan
  • pokok renek
  • semak samun berduri
  • keras
  • akar yang menjalar luas
  • berkulit tebal bagi menahan kemarau
Taburan kawasan
  • Kawasan tanah rendah yang kering
Contoh pokok
  • Laurel
  • malle
  • lavender
  • rosemary
  • arbutus
Contoh haiwan
  • ular
  • helang
  • serigala
  • musang
  • arnab
  • landuk
  • pelbagai jenis serangga
Hutan pokok tirus

Ciri tumbuh-tumbuhan
  • malar hijau
  • berdaun kecil
  • tahan kemarau
Taburan kawasan
  • kawasan tanah tinggi yang lembap
Contoh pokok
  • Pain
  • fir
  • sprus
Contoh haiwan
  • kucing liar
  • burung hantu
  • rusa merah
Kawasan Monsun Tropika

  • Thailand ialah sebuah negara yang mengalami iklim monsun tropika yang mempunyai satu musim kering dan satu musim lembap yang nyata
  • Min suhu adalah 24 darjah celcius hingga 27 darjah celcius
  • hujan tahunan antara 1000 mm hingga 2000 mm
  • Pokok dalam hutan monsun tropika menggugurkan daun pada musim kering antara bulan November hingga Mac
  • menghasilkan kayu keras yang berharga seperti jati, pyinkado, cendama, sal, inkayin telah menggalakkan kegiatan pembalakan di Thailand
  • Terutamanya Tanah Tinggi Utara dan Pergunungan Barat
  • kira-kira 200 spesies haiwan, 800 spesies burung, 100 spesies amfibia dan lebih 150 spesies reptilia
  • Antaranya ialah gajah, harimau, badak dan kucing hutan